Latar Belakang


Tidak ada catatan khusus yang membuktikan kebenaran latar belakang sejarah Kampung Sungai Yu ini, walaubagaimana pun, tidaklah begitu mengecewkan kerana ada sedikit kisah yang diceritakan oleh ketua kampung yang baru iaitu En Muhad Solihi bin Misran berkenaan latar belakang kampung ini.


menurut beliau, sebelum tertubuhnya kampung Sungai Yu, Hamid Tuah merupakan peneroka yang pertama menduduki kawasan ini, setelah diteroka, ramai imigran dari kalangan bangsa Jawa berpindah ke kawasan ini dan menetap sebagai penduduk yang mengusahan pelbagai jenis tanaman seperti Kelapa, sawit, dan sayuran.


Setelah menetap begitu lama, berlaku konflik yang besar dimana penduduk dihantui misteri Pokok Skobat. Pokok ini merupakan tumbuhan perosak yang membantutkan pertumbuhan tanaman sayur-sayuran di kampung ini. Walaupun telah diracun dengan pelbagai jenis bahan kimia, pokok ini tetap tumbuh melata sehinggakan pada akhir tahun 80-an, sejenis ulat telah diimport untuk memakan tumbuhan ini sehingga mati. Setelah semuanya selesai, penduduk kembali bercucuk tanam seperti kebiasaannya. Sehingga kini, poko Skobat tersebut sudah tidak lagi ditemui.




Menurut beliau lagi, Kampung Sungai Yu ini secara rasminya tertubuh pada tahun 1992, iaitu setelah 35 tahun kemerdekaan.  Perkataan atau nama SUNGAI YU diambil sempena dengan bentuk anak Sungai yang  ditemui di kawasan perairan Selat Melaka ini. Sungai tersebut menyerupai bentuk U lalu dieja menjadi ‘YU’ sebagai nama pilihan untuk kawasan atau kampung ini.  Pada ketika itu, Tuan Haji Mohd Said Bin Mahmut merupakan ketua kampung sehingga tahun 2008, Selepas Tuan Ismail Bin Siseh.