FAQs

1. Di manakah terletaknya kampung Sungai Yu?


= Sebenarya terdapat dua tempat di Malaysia yang dinamakan Kampung Sungai Yu. Yang pertama ialah di Negeri Kedah.blognya: http://sungaiyu.blogspot.com/. Blog ini pula merupakan blog bagi Kampung Sungai Yu yang terletak di Negeri Selangor,bertempat di Daerah Kuala Selangor. Mungkin ramai yang tidak ketahui lokasi sebenar kampung ini memandangkan ia terletak di kawasan pedalaman. Tapi mungkin ramai yang kenal dengan Kampung Sungai Terap. Posisinya yang merupakan laluan utama dari pedalaman ke Kuala Lumpur menyebabkan Sungai Terap membangun lebih maju daripada Kampung Sungai Yu. Jadi, Kampung Sungai Yu hanya terletak di bahagian pedalaman Kampung Sungai Terap.


= Anda kenal dengan Bukit Malawati atau Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Daerah Kuala Selangor? Sekiranya anda daripada Daerah Sabak Bernam dan dalam perjalanan ke dua-dua tempat ini, anda pasti akan melalui Kampung Sungai Terap. Jika masuk lebih dalam,anda akan ketemu dengan Kampung Sungai Yu.


= Atau anda dari Kuala Lumpur dan dalam perjalanan menuju ke Sabak bernam(jelapang padi Negeri Selangor). Anda juga akan turut melalui Kampung Sungai Terap,termasuk Kampung Sungai Yu...^_^






2. Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Kampung Sungai Yu?


= Anda boleh menimba pengalaman menangkap ikan dengan menaiki bot dan tokang. Hanya singgah di Jeti Kampung Sungai Yu,dan bertanya pada orang-orang di situ...anda juga boleh memancing di persisiran pantai yang terletak di hujung kampung. hendak berkhemah di situ pun tiada masalah..atau...anda ingin menikmati pemandangan paya bakau secara live? Jika anda datang ke Kampung Sungai Yu, keputusan anda memang tepat sekali!