Jumaat, 23 September 2011

Lokasi-Lokasi Menarik

Antara lokasi menarik yang terdapat di Kampung ini ialah;


1-hutan paya bakau:


 Hutan paya bakau di kampung ini berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan kerana ekosistemnya yang stabil dan masih dipelihara dengan baik. Buktinya, walaupun kegiatan perikanan ada dijalankan di sini seperti memancing dan menjala, namun ia sedikit pun tidak merosakkan habitat asal binatang serta hidupan lain yang tinggal di kawasan ini seperti monyet, siput, ketam, ular, dan sebagainya.


Dalam diam, hakikatnya masih ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat sebuah pantai berbatu di kawasan berhampiran hutan paya ini. Sekiranya anda menaiki motosikal melalui tebing yang memisahkan laut dan daratan kampung ini, sehingga ke hujung arah barat laut, anda akan mendapati ada sebuah lagi tempat yang istimewa untuk dikunjungi. Amat sesuai untuk kegiatan memancing dan berkhemah di sini,iaitu sebuah perairan laut Melaka yang masih belum diberi nama secara rasminya. Penduduk Kampung menggelar pantai ini sebagai pantai Sungai Yu, bertepatan dengan nama asal kampung ini.

Pemandangan di Hutan Paya Bakau yang terdapat di hujung Kampung.

Pantai berbatu-tumpuan pemancing dan pencinta alam




2-Jeti :


Bagi penggemar makanan laut segar dari lautan paya, anda boleh berkunjung ke Jeti kampung Sungai Yu. Anda bukan sahaja dapat menikmati makanan laut, bahkan boleh juga merasai pengalaman menangkap ikan dan kerang dengan menaiki bot-bot yang disediakan di jeti ini. Untuk bermalam dalam jangka masa yang lama, ada chalet yang disediakn beserta kemudahan-kemudahan lain seperti tandas, musolla dan gerai-gerai untuk dimanfaatkan.
deretan kedai yang bakal dibuka dalam masa yang terdekat

'Booth' menjual makanan laut

Persatuan Nelayan Kawasan kampung Sungai Yu

Medan sebelum berangkat mencari hasil laut..^_^

Chalet yang disediakan,lengkap dengan kemudahan tandas dan musolla.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan