Isnin, 5 September 2011

Penyerahan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa

Sempena bulan Ramadhan dan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, satu program telah diadakan bagi meraikan warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan asnaf di kampung ini, iaitu penyerahan sumbangan hari raya serta majlis berbuka puasa. Majlis ini telah diadakan di Surau 3 pada 20 Ogos tahun ini. Bermula dengan ucapan pihak penganjur iaitu Lembaga Zakat Selangor serta ucapan penghulu kampung, majlis ini telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran ramai penduduk, bukan sahaja penerima derma, malah yang lain juga turut hadir bagi berbuka bersama-sama menikmati juadah yang disediakan. Majlis berakhir selepas isyak dengan penyempuranaan solat Terawih secara berjemaah di surau tersebut.

Antara anak yatim yang menerima sumbangan

warga emas juga turut tidak terkecuali

sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan